BERSAMA Hillary Ang dan Zainal (Rampa), Yazit Ahmad kemudian meneruskan misi mencari anggota lain bagi melengkapkan kumpulan mereka yang diberi nama Search. Kecenderungan sama terhadap genre rock, selain teruja melihat kejayaan band negara jiran membulatkan tekad mereka untuk merealisasikan perjalanan kumpulan sendiri. Segala-galanya bermula selepas Hillary mengajak Yazit mencuba nasib di ibu kota untuk bekerja di Red Rooster Club di Medan Tuanku disebabkan ada kontrak menanti. Kata Hillary padanya, di sana seorang lagi kawan mereka, Zainal, sudah sedia menanti di ibu negara untuk mereka sama-sama berjumpa pengurus kelab berkenaan. Pergi naik teksi, balik dengan kereta api Berbekalkan wang simpanan, beliau dan Hillary mengambil keputusan menyewa teksi dan berkongsi membayar tambang kira-kira RM140 disebabkan mahu cepat sampai ke destinasi. Mujur katanya urusan perbincangan berjalan lancar, tetapi mereka masih berdepan masalah, iaitu kontrak belum boleh ditand...